12 November 2020 - Satu sesi mesyuarat pengurusan sekolah menggunakan Google Meet telah dilangsungkan pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di premis masing-masing. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar SKTM Ayahanda Abdul Rahman bin Mat.
Antara lain dibincangkan berkenaan jadual belajar murid dan tugasan yang diberikan oleh guru dalam pelbagai medium samada dalam bentuk modul, video, kuiz online mahu pun kelas secara maya. Guru-guru telah bekerjasama menyediakan modul untuk diserahkan kepada murid. Modul pelajaran akan diserahkan pada hari Isnin minggu hadapan.
Selain itu peringatan berkenaan PBD juga telah diutarakan oleh guru penyelaras PBD SKTM, cikgu Rodziah Majid. Beliau menegaskan bahawa penilaian murid akan meliputi modul yang diberikan dan juga apa-apa jenis medium yang digunakan sepanjang tempoh PKPB ini.
Mesyuarat kali ini merupakan pengalaman baru dalam norma baru perjalanan pengurusan sekolah khususnya dalam keadaan negara mengekang penularan pandemik Covid 19.
No comments:
Post a Comment