Pada 2 Disember 2014 hingga 7 Disember 2014 kejohanan tahunan squash REDTONE KUALA LUMPUR INTERNATIONAL JUNIOR OPEN 2014 telah diadakan di Gelanggang Squash Jalan Duta dan Pusat Squash Bukit Jalil.
Dua orang murid SK Tanjung Minyak mewakili Persatuan Squash Negeri Melaka telah menyertai kejohanan ini. Mereka ialah Muhammad Adam Bin Zahirrudin bagi kategori Boys Under 11 dan Muhammad Adib Bin Zahirrudin bagi kategori Boys Under 9. Muhammad Adib Bin Zahirrudin telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Boys Under 9 manakala Muhammad Adam Bin Zahirrudin berjaya menempatkan diri di ranking ke 18 bagi kategori Boys Under 11.
Kejohanan ini juga disertai oleh pemain luar negara daripada Iran, Australia, India, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Thailand, Sri Langka dan Timur Leste.
No comments:
Post a Comment