Friday, 12 September 2014

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

PBS telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 2011 seiring dengan pelaksanaan KSSR. Sistem pentaksiran dilaksanakan untuk menentukan pencapaian murid berdasarkan band-band yang tertentu. Berdasarkan maklumbalas pelaksana di seluruh negara, PBS telah diberi penambah baikan untuk memantapkan lagi sistem pentaksiran yang sedia ada. Di antara penambahbaikan tersebut adalah :

1) Dokumen Standard prestasi yang digunapakai untuk pentaksiran tahun 1, 2 dan 3 dimansuhkan dan diganti dengan Panduan Perkembangan Pembembelajaran Murid ( PPPM ). PPPM boleh dimuat turun di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bagi tahun 4, DSK dan DSP telah disatukan menjadi Dokumen Standard  Kurikulum Dan Pentaksiran. ( DSKP )

2) SPPBS Online dimansuhkan. semua aplikasi secara atas talian untuk perekodan prestasi murid dimansuhkan.

3) Perekodan pencapaian murid  akan direkod secara offline. Manual perekodan murid boleh dimuat turun di Laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. terdapat 4 fail yang perlu di muat turun :

                             a) borang perekodan
                             b) borang prestasi
                             c) prestasi ujian penggal
                             d) pelaporan murid.

4) Fail Perkembangan Murid, Fail showcase dan rekod transit ditiadakan. semua perekodan pencaapaian dan prestasi murid termasuk pencaapaian ujian penggal akan direkod secara offline.

klik link ini :
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en

No comments:

Post a Comment