Monday, 8 September 2014

Majlis Persaraan Guru Besar

Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Noraini bt Ahmad telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2014. Majlis yang gilang gemilang itu telah dihadiri oleh wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, wakil PPD Daerah Melaka Tengah, ketua-ketua sektor, ketua-ketua unit, para guru besar sekolah-sekolah sekitar dan guru-guru serta kakitangan SK Tanjung Minyak. Majlis berjalan lancar diiringi pelbagai persembahan yang telah diatur khas oleh jawatan kuasa kerja majlis tersebut. Pada sebelah petangnya, jamuan perpisahan telah diadakan di Hotel Emperor, Melaka. Selamat Bersara Bonda Kami.








No comments:

Post a Comment