Majlis Perpisahan Penolong HEM, Pn Siti Rom bt Tahir, yang dinaikkan pangkat sebagai GPK 1 di SK Kg Gelam.
Tuesday, 28 July 2015
Thursday, 23 April 2015
Program 10 Minit membaca 1 Malaysia
Program ini telah dirasmikan oleh pn Rohaya bt Abd Hamid, GPK Kurikulum, pada 20 April 2014 ( Isnin ) bertempat di dataran perhimpunan, SK Tg Minyak. Membaca selama 10 minit, dari jam 10 pagi sehingga 10 10 minit pagi telah dilangsungkan serentak di seluruh negara pada 23 April 2015 ( Khamis ). Program Panitia Bahasa Melayu ini diketuai oleh Pn Rozizah bt Md Dom, Guru Cemerlang Bahasa Melayu merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu. AJK Pelaksana terdiri daripada guru-guru Bahasa Malaysia SK Tg Minyak.
Program " Guru Muda Smart Partner "
Program ini telah dilaksanakan pada 20 April 2015 bertempat di Dataran perhimpunan, SK Tanjung Minyak. Program yang diilhamkan oleh panitia Matematik ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid yang lemah Matematik dengan bantuan rakan-rakan yang pintar Matematik. AJK Pelaksana program ini terdiri daripada guru-guru Matematik SK TG Minyak. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Md Isa b. Budin.
Monday, 16 February 2015
Slot Ceramah “Bijak Belajar”
|
JABATAN :
|
SK
TANJUNG MINYAK, KM 1O CHENG,
75250
MELAKA.
|
|
Tajuk / Perkara :
|
Slot
Ceramah “Bijak Belajar”
|
|
Sektor / Unit Pengelola :
|
1.
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR
2.
Unit Bimbingan & Kaunseling
|
|
Tarikh :
|
12
Februari 2015
|
|
Tempat :
|
Dewan SK Tanjung
Minyak
|
|
Bilangan Peserta / Ahli :
|
Semua
murid Tahun 6 SK Tanjung Minyak (241 orang)
|
|
Bilangan Guru Kaunseling :
|
2
orang
|
|
Bilangan Guru :
|
5
orang guru mata pelajaran
|
|
Pengisian :
|
-
Slot ceramah “Bijak Belajar”
-
Sesi soal jawab
-
Menyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan
daripada Guru Besar SKTM.
|
|
Kekuatan :
|
Majlis
pelancaran berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid dan
semua warga SKTM.
|
|
Kelemahan :
|
Keadaan
murid yang agak bising dan mengganggu sesi ceramah
|
|
Penambahbaikan :
|
Jika
ada sumber kewangan yang mencukupi, slot-slot seperti ini boleh diadakan
dalam kumpulan murid yang lebih kecil agar keadaan murid lebih terkawal.
|
Ceramah Anti Dadah 2015
JABATAN :
|
SK
TANJUNG MINYAK, KM 1O CHENG,
75250
MELAKA.
|
Tajuk / Perkara :
|
Ceramah
Anti Dadah 2015
|
Sektor / Unit Pengelola :
|
1.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
2.
Unit Bimbingan & Kaunseling
|
Tarikh :
|
11
Februari 2015
|
Tempat :
|
Dewan SK Tanjung
Minyak
|
Bilangan Peserta / Ahli :
|
Semua
murid Tahun 4 dan 5 SK Tanjung Minyak
(434
orang)
|
Bilangan Guru Kaunseling :
|
2
orang
|
Bilangan Guru :
|
12
orang guru-guru mata pelajaran.
|
Pengisian :
|
-
Kata aluan Penyelaras PPDa
-
Ceramah daripada Pegawai AADK
-
Tayangan video
-
Menyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan
daripada Guru Besar SKTM.
|
Kekuatan :
|
Majlis
pelancaran berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid dan
semua warga SKTM.
|
Kelemahan :
|
Murid-murid
mula merasa bosan dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ceramah
yang disampaikan kerana mungkin tempoh masa ceramah yang agak lama bagi tahap
umur murid.
|
Penambahbaikan :
|
Untuk
program-program seterusnya dicadangkan agar dapat meminta penceramah dapat
mengadakan aktiviti yang boleh membuatkan murid-murid lebih fokus seperti LDK
dan permainan berkaitan tajuk yang disampaikan.
|
Thursday, 29 January 2015
Penutup Program Transisi dan Guru Penyayang
Majlis Penutup Minggu Transisi telah disempurnakan oleh En Md Isa b. Budin, Guru Besar SK Tanjung Minyak, Melaka. Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan aktiviti muzik dan gerakan yang diketuai oleh Pn Nizawati Abd Manaf. Seterusnya, murid menjalani aktiviti sukaneka, sebelum menikmati hidangan yang disediakan di kantin sekolah. Setelah itu, mereka mengikuti satu sesi sembang santai bertajuk Saya Pelajar Hebat yang di sampaikan oleh Tn Hj Khomeini. Selepas sesi tersebut, majlis Penutup dan penyampaian Hadiah dilaksanakan.
Senamrobik dan Sukaneka Minggu Transisi dan Guru Penyayang
Senamrobik Minggu Transisi dan Guru Penyayang ini telah dilaksanakan oleh Unit Tahun 1 dengan kerjasama Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Senamrobik ini telah diketuai oleh En Muhd Yunus dan En Syafiq serta dibantu oleh guru-guru PJK yang lain. Sejurus selepas senamrobik, anak-anak tahun 1 ini menjalani aktiviti sukaneka.
Subscribe to:
Posts (Atom)